Saturday, 23 August 2014

Pilih Kawan

Pilih kawan?
Macam mana kau pilih kawan? Kau buat satu interview, "Mencari Kawan Sejati. Syarat-syarat adalah seperti berikut: blah.. blah.. blah..". Haha

Bukan. Pilih kawan adalah bila kau rasa hanya orang-orang tertenu yang layak berkawan dengan kau, orang lain tak layak. Dan macam mana kau nak tentukan orang tu layak bekawan dengan kau? Selalunya kau akan ambil kira faktor-faktor yang kau suka. Contohnya, mungkin orang tu popular, cantik/hensem, kaya, atau bijak. Orang-orang ni selalunya kau dah lama target. Kau memang nak kawan dengan dia. 

Pilih kawan tak sama dengan guna kawan. Istilah gunakan kawan cuma orang totally celaka je yang buat, tapi pilih kawan kadang-kadang dengan niat bagus. 

Tapi pilih kawan yang jenis paling celaka adalah bila kau pilih kawan dalam golongan kawan-kawan yang ada. Katalah geng kau ada 5 orang, semua kau baik je, Tapi dalam 4 orang kawan kau tu, kau cuma lebihkan sorang je. Celaka betul kan? Mungkin kau rasa yang lain tak terasa. Tapi kalau diorang terasa pun, macam diorang nak bagitau kau. Heh!

Banyak masalah akan timbul bila kau pilih kawan. Masalah yang paling utama adalah berat sebelah. Ini memang berat punya masalah, sebab sikap ni selalunya akan lead kepada lebih banyak problem dalam relationship antara ahli member. Bila kawan lain ada masalah, kau so-so je reaksi, tapi bila buddy kau ada masalah, kau la yang paling kalut. Padahal kawan kau tu tercekik tulang ikan je, sedangkan kawan kau yang lain tu akan kehilangan sebelah kaki disebabkan infection. Waaaa, melampau betul contoh. Tapi gitula lebih kurang.

Kau juga akan jadi kedekut. Kedekut dengan orang lain je, dengan buddy kau rilek je belanja. Nak jadi hero punya pasal. Padahal buddy kau tu anak Tan Sri, kau anak nelayan je. Tapi sebab kau favor dia instead of kawan-kawan yang lain, kau sanggup 'berkorban' untuk dia. Bullshit!

Sebagai seorang yang pernah buat pilihan yang salah, kau jangan pilih kawan? Lebih baik kau kawan je denga semua orang. Kenapa? Meh aku jawab. Kau pernah tengok citer Harry Potter? Kau tahu pasal horcrux? Horcrux tu ibarat kawan kau yang ramai. Voldemort ada 7 horcrux termasuk Harry sendiri. Dan Horcruxes adalah sebab kenapa Voldemort agak susah nak dikalahkan. Sebab Voldemort dah bagikan nyawanya kepada 7 bahagian, 8 termasuk dia sendiri. Dan untuk musnahkan dia kena musnahkan semua Horcruxes baru dia mati.

Kesimpulannya, bila kau ada ramai kawan. Maknanya kau ada banyak back-up. Bila sorang kawan kau berpaling tadah (woahh!) dari kau, kau masih ada kawan-kawan yang lain. Sebab seolah-olah kau dah bagikan jiwa kau kepada banyak bahagian. Tapi kalau kau cuma ada seorang buddy yang kau terlampau sayang, secara otomatik kau cuma tumpukan seluruh kekuatan kau kat buddy kau saja. Dan cuba kau bayangkan kalau tiba-tiba suatu hari kawan kau tu dah fedap dengan kau, dan dia 'buang' kau. Macam mana dengan kau? Dekat dia jelah kekuatan kau selama ni. Kau nak bunuh diri? Kau nak give up? Kau nak lupakan dia? 

Heh!!

Friday, 20 September 2013

Enough

I wish
Everything is enough
And I don't have to ask for more

I wish
The pain
The love 
The memory 
Is already enough

Yeah
I miss you
I admit
I say it out loud
Putting aside my ego
So you'll know 

But you'll never know
Nor you will understand
Because everything is never
Gonna be enough for both of us

I'm sorry
I was an idiot
I was stupid

I love you
And I mean every word of it

Friday, 16 August 2013

Farewell

Lately, ramai yang dah nak fly further study. Lagi-lagi bagi budak-budak lepasan SPM 2010-2012. 

Lebh separuh dickheads yang aku kenal akan fly. Yang dah fly pn dah ada dah dua tiga kerat. Sedih jugak bila fikir-fikir balik. Terfikir jugak kebarangkalian aku pun nak fly sekali? Ada can tak?




Apapun, gudluck buat yang akan ke destinasi masing-masing. Ada jodoh kita jumpa lagi di depan hari. 

Raya

Rasanya dah lebih seminggu dah beraya.

Tapi, raya sekarang dah tak best dah. Dah tak true dah dia punya sambutan raya. Tak percaya, tanya budak-budak generasi Y.

Masa aku kecik-kecik dulu, dalam sepuluh ke dua belas tahun lepas, raya adalah benda yang true punya happening. Dia punya happening tu memang betul-betul setahun sekali je kau boleh rasa. Dia punya sambutan di bulan puasa pun tak kurang hebat. Setakat main mercun ketupat, mercun bola dan mercun pepsi-kola (mercun botol), mainan budak-budak kote kecik je. Kalau nak true, main meriam buluh lawan kampung sebelah. Biasanya mainan cenggini bermula lepas semayang terawih. Budak-budak dulu memang extreme, tapi tak perlukan label 'dont try dis at home', sebab budak-budak dlu memang genius tahap dewa pun angkat bendera putih.

Amalan mengacau dodol, buat kuih raya, buat tapai dan menganyam ketupat masih lagi dipraktikkan masa aku kecik. Sekarang semua dah maju, dah ada kuih cap tunjuk, nasi impit segera dan tak kurang rendang tok yang boleh dibeli di MidValley. Aku rasa budak sekarang ni kalau letak kuih bulan yang takde tulisan cina dengan dodol sekali pun tak boleh nak beza.

Paling best pasang pelita. Jalan raya dulu-dulu jarang ada lampu limpah tu. Jadi biasanya jalan diterangi lampu-lampu pelita. Lagi-lagi malam tujuh likur. Memang tak pernah miss jalan-jalan tengok lampu pelita keliling kampung. Mana yang nak up sikit pasang lampu lip-lap, nak power lagi pasang lampu lip-lap siap dengan lagu raya. 

Sumpah rindu raya dulu-dulu.

Pagi raya pulak lain ceritanya. Pagi raya kat kampung jarang ada kereta, kalau orang bandar balik beraya adalah sebijik dua kereta. Tapi panorama paling normal adalah tak kira umur mesti berjalan beraya dari rumah ke rumah. Budak-budak yang memang agendanya nak kutip duit raya pulak berjalan dalam grup dlam 10-20 orang gitu.

Ohh rindu zaman kecik-kecik dulu. Zaman 'problem free'.

Saturday, 13 July 2013

Percaya Je Lah

"Engkau boleh kata apa saja. Tapi kau takkan boleh buat mereka faham apa yang kau kata."

Biasa tak hadapi situasi ni? Engkau punyalah mati-matian nak pertahankan apa yang kau kata, atau sekurang-kurangnya nak suruh semua orang faham sepertimana kau faham. Last-last mereka salah faham kat kau pulak. Fak betei.

Tapi sebenarnya kau tak boleh salahkan sesiapa. Sebab semua orang percaya apa yang mereka percaya. Macam kau percaya apa yang kau percaya. Sebab tu kau nak semua orang percaya apa yang kau percaya, dan mereka pula nak kau percaya apa yang mereka percaya.  Percaya tak?

Dan akhirnya, korang semua saling tak mempercayai dan saling salah faham. 

Arghh... 

Pernah tak cuba bawak berbincang pasal benda ni? Sekurang-kurangnya kau berbincang. Walaupun sebenarnya masih ada sekelumit dalam hati kau masih ada rasa tak percaya.

Percayalah.

"Kau bertanggungjawab atas apa yang kau kata. Tapi kau boleh buat tak kisah je pada apa yang mereka faham... sebenarnya."


Monday, 1 July 2013

Kesayangan

Kau pernah tak rasa syok
bila bercinta?
bila disayangi?
bila menyayangi?

Kau pernah rasa tak
bila kau pandang wajah kesayangan kau
bagaikan dunia ni milik korang je?
bila kau bersama dengan kesayangan kau
apa yang penting kat dunia ni
kau dan kesayangan kau je?
orang lain kau tak ambik pusing

Dan terkadang
terlintas di hati
untuk berkongsi
harapan, masa depan
dan cita-cita

Aku pernah. Dulu.
Lama dulu.

Aku rindu perasaan tu.


So, sudi tak kau jadi kesayangan aku sekarang?

Kongsi

Kau pernah tak
bila kau rasa tak sedap hati
dan kau rasa
kau nak kongsi masalah.

Tapi bila kau nak mula
kau tengok
kawan-kawan kau
sedang bergembira.

Dan terlintas di kepala kau:
"takpelah, lain kali je lah"
walaupun kau tahu 
takkan ada lain kali dah
untuk masalah kau tu?

Dan kau terpaksa
memilih untuk simpan sendiri
masalah kau tu
jauh dari kegembiraan kawan-kawan kau.

Dan akhirnya masalah kau tu
akhirnya masalah kau sorang je.

Kau pendam dalam-dalam
simpan ketat-ketat
sampai bila-bila.

Kau pernah rasa tak?

Aku pernah.

Celaka rasanya.