Friday, 16 August 2013

Farewell

Lately, ramai yang dah nak fly further study. Lagi-lagi bagi budak-budak lepasan SPM 2010-2012. 

Lebh separuh dickheads yang aku kenal akan fly. Yang dah fly pn dah ada dah dua tiga kerat. Sedih jugak bila fikir-fikir balik. Terfikir jugak kebarangkalian aku pun nak fly sekali? Ada can tak?




Apapun, gudluck buat yang akan ke destinasi masing-masing. Ada jodoh kita jumpa lagi di depan hari. 

Raya

Rasanya dah lebih seminggu dah beraya.

Tapi, raya sekarang dah tak best dah. Dah tak true dah dia punya sambutan raya. Tak percaya, tanya budak-budak generasi Y.

Masa aku kecik-kecik dulu, dalam sepuluh ke dua belas tahun lepas, raya adalah benda yang true punya happening. Dia punya happening tu memang betul-betul setahun sekali je kau boleh rasa. Dia punya sambutan di bulan puasa pun tak kurang hebat. Setakat main mercun ketupat, mercun bola dan mercun pepsi-kola (mercun botol), mainan budak-budak kote kecik je. Kalau nak true, main meriam buluh lawan kampung sebelah. Biasanya mainan cenggini bermula lepas semayang terawih. Budak-budak dulu memang extreme, tapi tak perlukan label 'dont try dis at home', sebab budak-budak dlu memang genius tahap dewa pun angkat bendera putih.

Amalan mengacau dodol, buat kuih raya, buat tapai dan menganyam ketupat masih lagi dipraktikkan masa aku kecik. Sekarang semua dah maju, dah ada kuih cap tunjuk, nasi impit segera dan tak kurang rendang tok yang boleh dibeli di MidValley. Aku rasa budak sekarang ni kalau letak kuih bulan yang takde tulisan cina dengan dodol sekali pun tak boleh nak beza.

Paling best pasang pelita. Jalan raya dulu-dulu jarang ada lampu limpah tu. Jadi biasanya jalan diterangi lampu-lampu pelita. Lagi-lagi malam tujuh likur. Memang tak pernah miss jalan-jalan tengok lampu pelita keliling kampung. Mana yang nak up sikit pasang lampu lip-lap, nak power lagi pasang lampu lip-lap siap dengan lagu raya. 

Sumpah rindu raya dulu-dulu.

Pagi raya pulak lain ceritanya. Pagi raya kat kampung jarang ada kereta, kalau orang bandar balik beraya adalah sebijik dua kereta. Tapi panorama paling normal adalah tak kira umur mesti berjalan beraya dari rumah ke rumah. Budak-budak yang memang agendanya nak kutip duit raya pulak berjalan dalam grup dlam 10-20 orang gitu.

Ohh rindu zaman kecik-kecik dulu. Zaman 'problem free'.