Satu petang, gua sedang minum-minum dengan kawan gua dekat restoran mamak. Dia soal gua, "Aku tengok kau dari dulu lagi sorang-sorang, kau takde rasa nak kapel ke?"
Gua terdiam.
Terpukul.
Gua pandang dia balik. Dia pulak pandang juga. Jadi kami saling pandang memandang. Ye, gua akui yang teman gua ni ada rupa. Tak hairanlah ramai manusia-manusia kat luar sana nak diperhatikan oleh teman gua. Dan gua? Gua takdelah buruk sangat. Cuma rupa gua ni kalau ditimbang kati, bolehlah dapat 4.5 out of 10 markah. Hahahah. Oklah tu.
Bagi gua bercinta dan dicintai ni macam satu communication. A two way work between two people who share the idea of 'give and take'. Gua dapat kau pun dapat. Dapat apa? Faedah. Ya, win-win situation.
Sesetengah pasangan ada benda ni dalam perhubungan diorang. Sesetengah lagi mungkin 'pernah' ada suatu masa dahulu; dan benda ni dengan sendirinya beransur-ansur hilang ditelan usia. Sesetengah lagi mungkin tak pernah ada dulu, tapi makin lama makin subur perasaan tu.
Bagi gua, gua nak cari cinta yang gua takkan pernah puas. Yang gua takkan tinggalkan atau terfikir untuk tinggalkan. Gua nak sesuatu yang abadi. Woii, mana ada benda yang kekal woii. Gua tahu. Tapi gua nak sekurang-kurangnya walaupun kami saling tak menginginkan di akhirnya, kami tak menzahirkan benda tu dengan cara yang keras, seboleh-bolehnya. Gua tak mahu tipu diri sendiri mahupun orang yang gua sayang, pernah sayang dan akan sayang.
Gua pandang dia lagi. Kemudian gua gelak.
"Hahaha... kata aku. Kau pun sama."
Ya, kami berkongi 'definisi' memiliki dan dimiliki.
Dan kami terus gelak sampai satu restoran pandang.
Ingat gua kisah?
Dan kami terus gelak sampai satu restoran pandang.
Ingat gua kisah?
No comments:
Post a Comment