Bani tengah makan di kantin, dan kebetulan Afif Badri duduk semeja dengan dia. Wajdi Leman datang.
Wajdi Leman : Wei Afif, tadi aku ada jumpa Taqi.
Afif Badri : So?
Wajdi Leman : Aku dengar dia ada sebut nama kau.
Afif Badri : Kenapa dia sebut nama aku?
Wajdi Leman : Ah, sebab tu lah aku cari kau ni. Aku nak tahu. Kau ada buat apa-apa ke?
Afif Badri : Tak de. Aku tak pernah kacau hidup dia.
Wajdi Leman : Habis? Kenapa dia cari kau? Kau tak takut?
Afif Badri : Takut? Hahaha... setakat Taqi tu, aku tak takut la...
* Selepas waktu rehat *
Cikgu Amin emergency leave. Dan serentak dengan itu, serta-merta kelas bertukar gaya. Macam-macam gaya. Paling obvious, gaya pasar malam. Wajdi Leman ada di meja belakang.
Ifran : Wajdi, kau takde kelas ke sekarang? Aku tengok kau ni rilek semacam je.
Wajdi Leman : Cikgu Mala kursus. Cikgu ganti pulak takde. So, aku rilek je lah.
Taqi Irham : Ada story baru ke nak bagitau aku ni?
Wajdi Leman : Ahh... pasal Afif.
Farhan Hanif : Pasal Afif kami tak nak tahu. Kalau takde benda best, kau boleh belah.
Wajdi Leman : Dengar dulu. Tadi aku jumpa dia dekat kantin masa rehat. Dia cakap badan kau besar, dia tak heran la. Dia tak takut pun dengan kau. Gila berlagak mamat tu.
Ifran : Betul ke kau ni Wajdi? Apa sebab dia boleh cakap macam tu?
Wajdi Leman : Entah. Ehh... aku masuk kelas aku dulu. Lepas ni kelas Geografi.
Taqi Irham : Kau memang cari gaduh Afif. Kau tunggula.
Ifran : Sabar Taqi. Settle kat bilik.
Bani hanya memerhati dari jauh. Tidak mahu masuk campur.
* Asrama *
Bani ponteng prep petang. Mengantuk. Semua homework telah disettlekan dengan cemerlang di dalam kelas sebelum balik tadi. Ada suara-suara bingit di hujung bangunan asrama. Tidur petang Bani terganggu. Bani keluar cari punca suara.
Taqi Irham : ...kau cabar aku Afif? Kau memang nak mati.
Afif Badri : Aku tak kata apa-apa pun la!
Ifran : Habis, takkan Wajdi tipu.
Afif Badri : Mana aku tahu? Apa kau dah jaja pasal aku ni Wajdi, sampai...
Dush! Datu tumbukan mengenai tepat ke muka Afif Badri. Adegan tumbuk-menumbuk, sepak-menyepak, tenyeh-menenyeh, siku-menyiku berlanjutan lebih kurang lima belas minit sebelum Cikgu Tamim, ketua warden masuk campur.
Cikgu Tamim : Taqi, Afif! Kenapa kamu dua orang ni?!
Afif Badri : Taqi yang mulakan cikgu.
Taqi Irham : Dia yang mengata dulu.
Cikgu Tamim : Betul ke Afif?
* Afif hanya diam *
Cikgu Tamim : Kamu dengar dia mengata kamu Taqi?
Rahim Adul : Wajdi yang bagitau kami Taqi kelas tadi.
Cikgu Tamim : Kes bawa mulut. Jaja sana-sini. Kamu semua ikut saya ke bilik warden. Taqi, Afif, Rahim, Ifran dengan Wajdi, kamu sekali. Yang lain pakai baju, beratur di bawah. Berani kamu semua ponteng prep ya?!
Cikgu Tamim dah tertuduh berlalu. Yang lain pula bising-bising, menyalahkan Taqi dan Afif yang bergaduh. "Ahh... tak pasal-pasal aku pun kena!" Teriak mereka.
No comments:
Post a Comment